Friday, April 17, 2009

Pantun Hari-hari

Semua malas nak bangun pagi,
Bukan kerana sakit nak mati,
Tapi mood masih nak cuti,
Hari isnin menjelma lagi.

Hari-hari makan laksa,
Sedapnya kuah ikan kelisa,
Badan kuat seperti perkasa,
Selamat menyambut hari selasa.

Menangkap ikan pakai bubu,
Untuk hidangan nasi kerabu,
Kenapa masih dalam kelambu,
'Ofis' kau tutup ke hari rabu.

Atas pokok ada penyengat,
Anak kambing baunya hamis,
Kenapa kau tak pernah ingat,
Janji nak belanja aku hari khamis.

Sudahkah anda tunaikan solat?
Solat wajib 2 rakaat,
Bukannya apa cuma saja nak ingat,
Selamat hari jumaat.

Hari-hari minum air batu,
Minum sampai rahang kematu,
Tengah sibuk sangat ke tu?
Sampai tak ingant janji dating hari sabtu.

Minta garam barang secuit,
Untuk perasa sayur salad,
Saja jalan nak buang duit,
Hari ni kan hari ahad.

Thursday, April 16, 2009

Kerana RM3 Juta

Seorang suami telah pulang ke rumah dengan tergesa-gesa dan memanggil isterinya secara tiba-tiba.
Suami: Sayang,cepat kemaskan beg awak!
Isteri: Kenapa bang?
Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit.
Isteri: Wah bagusnya! Abang nak ajak saya bercuti ke mana?Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti keluar negara,bang?
suami: Suka hatilah awak.Saya tak peduli awak nak ke mana,yang penting awak seorang yang keluar dari rumah ini!.

Penumpang Degil

Seorang gadis yang berpakaian seksi dan berambut perang dengan selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Kuala Lumpur.Lalu, seorang pramugari menyapa,
"Cik,tempat duduk cik di belakang sana sebab tiket cik untuk kelas ekonomi".
"Eh,awak siapa yang nak paksa saya duduk di sana,gadis seperti saya tidak layak duduk di sana,faham tak??" Tengking gadis seksi itu dengan suara yang tinggi.
Kecewa dengan sikap penumpang itu,pramugari terus memberitahu ketuanya.
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain",pujuk ketua pramugari.
"Awak ni pun satu lagi,takkan saya nak duduk di belakang,tengok oranglah!!!",katanya.
Oleh kerana tiada pilihan lain,mereka terpaksa memberitahu kapten dan beliau telah membisikkan sesuatu ke telinga gadis itu.Beberapa ketika,gadis itu bangun dan menuju ke tempatnya yang betul.
"Apa yang kapten bisikkan pada gadis itu?"
"Saya beritahu dia,kelas pertama tak mendarat di Kuala Lumpur,"jawab kapten.

Wednesday, April 15, 2009

Jangan Sombong Sangat

Situasi di dalam sebuah teksi di Boston:
Dua orang muda yang baru sahaja lepas graduated daripada University of Harvard sedang asyik bercerita dan berbangga kerana telah berjaya mendapat ijazah daripada universiti berkenaan.Selepas mendengar beberapa ketika, pemandu teksi itu pun bertanya adakah mereka graduated Harvard?Dua orang muda itu dengan penuh bangganya menjawab... "Ya, Pakcik... Kami dari Class of '94!"

Pemandu teksi itu pun menghulurkan tangannya dan mengatakan bahawa ... "saya dari Class of '58!!.".Kedua pemuda itu tercengang....

Tuesday, April 14, 2009

Kelambu Pak Pandir

Pada zaman dulu,ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal di hulu sungai.Nak jadikan cerita,Pak Pandir tinggal berjiran dengan seorang guru.
Pada petang yang hening itu,berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk.
Sekembalinya dari kedai,Pak Pandir pun memasang kelambu pada katil untuk melindungi dirinya dari nyamuk. Pada malam itu, guru, jiran Pak Pandir datang ke rumah untuk berborak.Di carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya,Pak Pandir keluar dari bawah katil. Guru itu terkejut dan bertanya pada Pak Pandir,
Guru : "Kenapa tidur bawah katil?"
Pak Pandir : "Saja...nak tipu nyamuk."

BURUNG KAKAK TUA

Seorang suami yang baru pulang dari luar negara telah membawa balik seekor burung kakak tua sebagai hadiah.
Isteri: "Kenapa abang beli burung ni? Istimewa sangat ke?"
Suami:"Ooo...awak nak tau ye??"
Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya...secara spontan burung kakak tua itu menyanyi lagu 'Pop'...Lalu lelaki itu mengangkat tangan kanan pula,burung kakak tua itu menyanyikan lagu 'Rock' pula.
Isteri:"bagaimana kalau kedua-dua tangan di angkat serentak?"
Suami:"Cubalah angkat tangan kalau nak tahu!!!"
Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangan dan terdengarlah...
Burung Kakak Tua:"SATU-SATULAH...B****!!!"