Saturday, May 2, 2009

Hospital

Setelah mendapat berita kemalangan jalan raya yang menimpa suaminya,Tipah terus ke hospital.
Tipah : Doktor, bagaimana keadaan suami saya?
Doktor : Siapa nama suami puan?
Tipah : Err...Jeman bin Seman,Doktor...
Doktor : Sebentar ye, Saya periksa fail pesakit nie...Hmmm,lukanya tak parah, cuma calar balar di tubuhnya sahaja.
Tipah : Syukurlah...lukanya tak parah. Saya risau sangat. Emm...di mana suami saya, doktor?
Doktor : Ada di bilik mayat!!
Tipah terus pengsan...

Bila Isteri Dapat Tahu

Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya.
"Dulu aku mempunyai segalanya, wang, rumah besar, kereta dan aku juga ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang..."
"Oh kesiannya! Apa yang berlaku? Kau diisytiharkan bankrap ke?"
tanya si teman penuh simpati.
"Ahhhh...taklah,bini aku dapat tau..."