Thursday, April 16, 2009

Penumpang Degil

Seorang gadis yang berpakaian seksi dan berambut perang dengan selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Kuala Lumpur.Lalu, seorang pramugari menyapa,
"Cik,tempat duduk cik di belakang sana sebab tiket cik untuk kelas ekonomi".
"Eh,awak siapa yang nak paksa saya duduk di sana,gadis seperti saya tidak layak duduk di sana,faham tak??" Tengking gadis seksi itu dengan suara yang tinggi.
Kecewa dengan sikap penumpang itu,pramugari terus memberitahu ketuanya.
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain",pujuk ketua pramugari.
"Awak ni pun satu lagi,takkan saya nak duduk di belakang,tengok oranglah!!!",katanya.
Oleh kerana tiada pilihan lain,mereka terpaksa memberitahu kapten dan beliau telah membisikkan sesuatu ke telinga gadis itu.Beberapa ketika,gadis itu bangun dan menuju ke tempatnya yang betul.
"Apa yang kapten bisikkan pada gadis itu?"
"Saya beritahu dia,kelas pertama tak mendarat di Kuala Lumpur,"jawab kapten.

No comments:

Post a Comment